Monday, January 31, 2011

MASYARAKAT KIAN YAKIN DENGAN KHASIAT LINGZHI.


Artikel ini di sunting dari AKHBAR BERITA HARIAN, Selasa 30 APRIL 2002 m/s 31

Oleh Nor Affizar Ibrahim

 Cendawan Lingzhi liar ( gambar hiasan )

     Sejak 2000 tahun lalu, orang Cina turun temurun mempercayai khasiat cendawan terutama lingzhi yang dikatakan banyak mengandungi khasiat perubatan. Lingzhi juga dianggap tumbuhan yang begitu istimewa sebagai ubat ajaib. Di antara keajaibannya ialah ia boleh memanjangkan usia seseorang.

     Fakta ini terakam dalam Ensaiklopedia Perubatan klasik China seperti Shen-Nung Herbal Medicine Book. Di dalam buku itu ada dinyatakan, lingzhi sebagai ubat yang terbaik yang tiada kesan sampingan buruk. Seseorang yang memakannya akan bertambah sihat.

     Prof Madya Dr Mohd Noor A Wahab daripada Jabatan Biokimia & Mikrobiologi, Universiti Putra Malaysia (UPM ) yang lebih sepuluh tahun membuat kajian dan penyelidikan mengenai lingzhi, berkata kini khasiat lingzhi bukan sahaja dikenali di China, masyarakat Antarabangsa turut mengagumi dan mengakui keberkesanannya. Negara itu termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Begitu juga masyarakat di Malaysia yang semakin yakin dan mempercayai keistimewaan lingzhi.

     Justeru, tidak hairan ganoderma diekstrak dan diproses untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan harian. Sehinggakan ada berbagai bentuk pemasaran Ganoderma di pasaran pada masa kini., seperti dalam bentuk minuman, kapsul dan tablet. Selain itu, ia juga menjadi bahan penting untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dan kosmetik.

     “Masyarakat di negara ini, mula mengkaji dan mengetahui khasiat lingzhi pada tahun 1970-an. Hasil beberapa kajian yang dibuat didapati memang tidak dapat dinafikan hakikat bahawa lingzhi amat menakjubkan terutama kegunaannya untuk mengubati penyakit. Malah kajian dan penyelidikan mengenai herba tradisional itu masih berterusan dilakukan oleh individu dan pihak tertentu” kata Dr Mohd Noor.

     Bagaimanapun beliau menegaskan, walaupun sudah banyak kajian dan penyelidikan mengenai lingzhi di buat di Malaysia, hingga kini belum ada ujian klinikal sepenuhnya dilakukan terhadap spesis itu.

     Dr Mohd Noor berkata, lingzhi adalah bahan herba semulajadi. Nama saintifik bagi lingzhi ialah Ganoderma, sementara di Jepun ia lebih dikenali dengan nama Reishi.

     Beliau berkata, hanya spesis baik sahaja akan memberikan keberkesanan pada kesihatan dan mampu mengubai pelbagai penyakit. Di antara kesan ketara yang boleh di dapati pada seseorang itu selepas mengambil lingzhi ialah aktif dan bertenaga, selera makan meningkat tetapi berat badan tetap dan melancarkan penghadaman.

     Berdasarkan hasil kajian, didapati cendawan lingzhi mengandungi empat jenis sebatian aktif iaitu polisakarida, adenosin, organik germanium dan triterpenoid. Sebatian ada ciri perangsang kesihatan tetapi boleh disintesis secara buatan.

     Antara khasiat lingzhi:
 
**   Meningkatkan tenaga
**   Mengurngkan paras kolesterol
**   Menambah oksigen dalam darah
**   Merangsang peredaran darah dan mengekalkan paras gula
**   Meningkatkan daya ingatan
**   Melambatkan proses penuaan
**   Mengubat dan menghindari kanser
**   Mengubati sakit puan
**   Merangsang kesuburan
**   Mengurangkan paras toksin
**   Melawaskan penghadaman
**   Mengubati kencing manis

     Dr Mohd Noor berkata, organik germanium paling banyak terkandung dalam ganoderma (lingzhi) dan dikatakan enam kali lebih tinggi berbanding ginseng. Organik germanium, unsur semulajadi yang membantu peredaran darah, meningkatkan metabolisme dan keupayaan darah menyerap oksigen.

     Manakala komponen penting dalam cendawan terutama ganoderma ialah polisakarida ( gula kompleks). Sebatian ini ialah B-13 glucan yang didapati meningkatkan kadar antibodi bagi menguatkan pelalian, sekaligus mencegah seseorang itu dari mendapat penyakit.

     Triterpenoid pula sejenis sebatian yang ada rasa pahit. Hasil kajian klinikal di Jepun mendapati, daripada ekstrak ganoderma, sebatian ini mampu mengawal tekanan darah, memecahkan lemak dan menghalang penyakit jantung. Malah terdapat lima hingga sepuluh sebatian triterpene yang umumnya berfungsi merencat dan asid ganderik menunjukkan kesan paling baik.

     Dr Mohd Noor berkata, apa yang jelas lingzhi memang sesuai diambil bagi meningkatkan tahap kesihatan dan daya ketahanan diri kerana fungsinya sebagai pencegah dapat membantu menghindarkan seseorang itu dari diserang penyakit di samping bertindak sebagai ubat autaupun perisai kesihatan.

     Katanya, kajian turut mendapati, ganoderma sangat elok diberikan kepada wanita hamil dan juga berkesan bagi mengatasi masalah sakit puan iaitu senggugut (ganguan fisiologi) dan putus haid (akibat gejala monopaus).

    Bagaimanapun, beliau berkata, mereka yang bermasalah, pengambilan lingzhi mungkin akan memberikan kesan seperti pening dan banyak darah berkumpul di bahagain muka atau kulit (kerana peredaran darah meningkat), namun kesan ini akan hilang dalam masa 30 minit.

    “ Kejadian ini tidak perlu dikhuatiri kerana fenomena ini perkara biasa dalam pengambilan ganoderma sebagai ubat. Ia berlaku hanya pada peringakt awal pengambilan dan akhirnya kesan ini akan hilang segera. Kesan seperti itu timbul kerana bagi orang yang tidak berapa sihat, apabila memakan ganoderma mendapati tindak balas ubat berlaku pada bahagian yang paling lemah. Ini bermakna, ganoderma didapati boleh melawan kuman atau menghapuskan punca penyakit dan akhirnya menyembuhkannya” kata Dr Mohd Noor.

    Beliau turut menegaskan, kesan yang timbul itu tidak bermakna, tidak sesuai mengambil lingzhi. Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan jumlah pengambilan dos, sesuai mengikut keadaan kesihatan diri. Malah berdasarkan kajian sehingga hari ini, didapati belum ada individu yang memakan ganoderma mengalami kesan negatif atau tidak memberi sebarang kesan kepada kesihatan badan.

     Dr Mohd Noor yang kini bekerjasama dengan Pusat Sains Negara bagi mendidik dan memperkenalkan khasiat serta kemujaraban lingzhi kepada orang ramai.......
                                                                 Reishigano (RG )

                                                                 Mycelium (GL)

Catatan: DXN Marketing Sdn. Bhd.  adalah sebuah syarikat yang menanam, memproses dan memasarkan produk Lingzhi di Malaysia dan lebih 160 negara di Dunia. Lingzhi terbukti sangat berkesan untuk mengubati kebanyakan jenis penyakit  serta untuk memelihara dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengedar yang bertauliah.

Sunday, January 30, 2011

LNGZHI - RAJA HERBA AJAIB

Ganoderma, Lingzhi, Cendawan merah, Reishi 

    
   Cendawan Merah atau Ganoderma Lucidum dikenali sebagai Ling Zhi oleh masyarakat Cina ialah sejenis cendawan herba yang terkenal kerana mempunyai faedah yang sangat baik untuk kesihatan. Secara semulajadi, ia tumbuh di pokok-pokok di kawasan lembab dan kurang cahaya dan agak sukar untuk ditemui. Kisah mitos dan lagenda Ganoderma tersebar dari Negara Cina hingga ke Greece baik sebagai makanan kesihatan mahupun penawar ajaib. Bukti terawal penggunaannya terdapat dalam bentuk lukisan gua di utara Algeria.

   Di antara banyak jenis ubat-ubatan Cina, cuma dua sahaja yang disifatkan paling mujarab iaitu Ling zhi dan Ginseng. Kod perilakuan Cina telah mencatat Ling zhi sebagai makanan kesihatan se awal tahun masehi 300 lagi. Ling zhi juga telah diakui sebagai herba paling bernilai di dunia ketimuran. Ia telah menjadi lambang keagamaan, kerohanian dan tuah kerana ciri-cirinya yang amat berlunaskan tabii kerohanian. Pada zaman dahulu, Idi negara Cina, ianya adalah herba rahsia yang boleh dinikmati khasiatnya oleh Maharaja dan orang bangsawan sahaja. Masyarakat Cina meyakini dan menggunakan ling zhi sebagai bahan perangsang dan pemulih kesihatan.
 
    Kajian DNA terkini menunjukkan bahawa warna, rasa, rupa bentuk dan ciri-ciri ling zhi adalah ditentukan oleh peserkitarannya, samada dihasilkan melalui penanaman terkawal atau diperolehi terus dalam bentuk liar dan juga peringkat pertumbuhannya.

    Prof. Hikino adalah penyelidik pertama memulakan analisis ling zhi dari segi bahan ramuan aktif utama ling zhi iaitu adenosin ( asid amino), triterpena ( steroid semulajadi ) dan polisakarida. Bermula tahun 1972, Ling zhi telah mula ditanam dengan jayanya dan ia kini mampu dinikmati oleh kebanyakan orang. Berbagai bentuk penyelidikan perubatan telah membuktikan keberkesanan Ling zhi untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.

   Sekarang ini, DXN merupakan pengeluar dan pengedar terbesar ganoderma Lucidum ( Ling zhi ) di Malaysia. dan juga ke 153 buah negara lain di Dunia ( sehingga Desember 2010 ).   DXN di asaskan oleh Dato’ Dr. Lim Siow Jin pada tahun 1993. Bermula sebagai sebuah Syarikat Jualan Langsung ( MLM ) di Malaysia, kini telah berkembang pesat ke Seluruh Dunia dengan berpegang kepada konsep “ Eka Naga, Eka Pasar, Eka Minda”. Produk Syarikat DXN mendapat pengikhtirafan dan Sijil Piawaian Kebangsaan dan Antarabangsa seperti sijil GMP , sijil HALAL ( JAKIM ) sijil ISO 14001dan ISO 9002. Sijil TGA dari Kementerian Kesihatan Australia dan lain-lain. Produk Ling zhi DXN juga mempunyai insuran tanggungan produk bernilai RM 6 juta.

MAKANAN DAN KESIHATAN.


    Semua orang tidak mahu sakit dan penyakit tetap ramai orang yang sedang sakit samada sakit ringan atau kronik. Sedarkah kita bahawa punya utama penyakit kronik adalah mendapan bahan toksin yang berpunca dari makanan dan minuman serta udara yang memasuki badan kita setiap hari . Bahan toksin , terutama yang tidak larut air, akan terkumpul dan mampu merosakkan fungsi organ tubuh seperti jantung, limpa, paru-paru, ginjal , usus, sistem saraf dan lain-lain serta berupaya melemahkan sistem imun ( pertahanan ) badan kita. Apabila kadar toksin meningkat, tahap imun badan kita menurun.... 

    Makanan kita terdedah kepada racun serangga, baja kimia, bahan perisa, bahan pewarna dan pengawet, air yang tidak bersih, udara yang tercemar, pengambilan gula atau garam dan daging yang berlebihan.

    Di samping faktor makanan, minuman dan udara, faktor lain yang menggalakkan penyakit ialah gaya hidup yang tidak sehat, tekanan (stress ) jiwa dan fizikal, serta kesan sampingan pengambilan ubatan yang berlebihan atau berpanjangan.

    Kita biasa mendengar penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi, Gout, Migrain, Obesiti, Batu Karang, Buasir, Sakit Buah Pinggang, Penyakit Jantung, Strok, Barah dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah kesan daripada toksin yang berlebihan di dalam badan dan kegagalan organ untuk berfungsi secara optimum. Ada banyak jenis penyakit yang memerlukan kita mendapatkan rawatan, ubatan dan penjagaan sepanjang hayat.

    Apabila kita mengidap sesuatu penyakit , banyak masalah akan timbul di antaranya:

1. Perbelanjaan yang besar untuk kos rawatan dan ubatan dan berulang-alik ke pusat rawatan
2. Perlu mengawal makanan dan tabiat makan.
3. Badan sakit, lemah dan tidak bermaya
4. Kerja terganggu dan produktiviti menurun
5. Hasil pendapatan akan berkurangan/hilang
6. Keluarga akan merasa kesan seperti terpaksa menjaga pesakit, kehilangan sumber pendapatan dan sebagainya.
7. Status kewangan akan menjadi kritikal dan ada yang terpaksa menjual aset atau berhutang untuk menanggung kos rawatan dan ubatan.

     Apabila kita sakit, kita perlukan rawatan, ubatan, bantuan, perhatian dan nasehat.

    Walaupun kita tahu, kebanyakan kita masih mengamalkan sindrom “NO TIME, NO MONEY”. Kita merasakan tidak ada masa untuk beriadah dan tidak ada wang untuk membeli makanan yang berkhasiat atau membeli makanan / vitamin tambahan untuk menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan.

    Mulakan langkah bijak dengan membuat keputusan untuk memelihara kesihatan dan mengambil langkah mencegah dari mengubati penyakit. Kepada kita yang dikurniakan kesihatan yang baik, marilah bersama mengambillah langkah awal untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan sedia ada.
    Peranan utama kita ialah memperbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat, sayuran dan buahan segar serta memulakan proses pembuangan toksin (detox) di dalam badan.

MENCEGAH PENYAKIT LEBIH BAIK DAN MURAH DARI MERAWAT.

Semuga Sehat dan Ceria sepanjang masa...

Friday, January 28, 2011

SELAMAT BERTEMU

Selamat Datang Ke Blog ini.
Lambang Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd.


 
               Gambar Lingzhi keluaran DXN 

     Kami adalah pengedar yang menjalankan perniagaan DXN MARKETING SDN. BHD. (DXN ), Sebuah Syarikat Jualan Langsung Berbilang Aras (MLM) yang  memiliki ladang, menanam bahan asas, memproses dan mengedarkan produk kesihatan herba dan holistik berasaskan Ganoderma ( lingzhi ) yang telah beroperasi sejak tahun 1993. Syarikat DXN telah mempunyai rangkaian pemasaran di 160 buah Negara di Dunia berasaskan falsafah permasaran" Satu Dunia, Satu Pasaran"

Kami berusaha untuk berkongsi maklumat dalam hal-hal penjagaan dan pemuliharaan kesihatan kepada masyarakat umum agar kita memahami kepentingan memelihara kesihatan melalui pemakanan kesihatan dan penjagaan diri berasaskan herba semulajadi.

     Kami berharap maklumat yang kami paparkan di blog ini boleh memberikan maklumat dan membantu mesyarakat untuk mencegah dari berbagai jenis penyakit yang sedang dihadapi dan menikmati kesihatan yang baik sepanjang hayat, Inshaallah.

      Kami sangat mengalu-alukan sumbangan maklumat, cadangan dan perkongsian dari anda semua yang boleh dikongsikan bersama dengan masyarakat umum.

Selamat Datang dan Terima Kasih