Thursday, February 3, 2011

MAKANAN BETUL DAN BERKHASIAT MENGELAK PENYAKIT

   Cara pemakanan seseorang itu melambangkan tabiat, sikap, atau keperibadian seseorang.

    Corak pemakanan sangat penting kerana cara pengambilan makanan yang berkhasiat menjamin kesihatan dan membantu menjauhi pelbagai jenis penyakit. Sikap kurang prihatin mengenai pemakanan sihat menjadi penyumbang kepada pelbagai jenis penyakit berkaitan makanan termasuk obesiti.

   Garis panduan pertama dalam amalan pemakanan sihat ialah setiap orang perlu menikmati pelbagai jenis makanan setiap hari termasuk bijiran, buahan, syur, daging, kekacang, susu, lemak dan minyak. Corak pemakanan yang berkhasiat perlu ditentukan mengikut kuantiti tertentu berdasarkan empat peringkat piramid makanan.

    Peringkat pertama ialah bijiran diikuti peringkat kedua oleh sayur dan buahan, seterusnya susu, dadih, keju, ikan, daging  dan kekacang di peringakt ketiga. Peringkat keempat  yang perlu diamalkan paling minima ialah lemak, gula dan garam. Sebelum mengambil setiap hidangan makanan ketahuilah nilai kalori dalam setiap hidangan kerana ia akan memberi kesan kepada penambahan berat badan. Mengambil buahan dan sayuran amat penting kerana ia merupakan sumber vitamin yang lengkap tetapi perlulah di ambil dalam kuantiti yang betul.

PANDUAN MAKANAN BERKHASIAT:

1.   Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan menghadkan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak sahaja dalam masakan. Jumlah kalori lemak yang berlebihan akan membentuk plak di saluran darah.

2.    Garam perlu dikurangkan bagi mengelakkan penyakit darah tinggi walaupun ianya adalah satu keperluan di dalam tubuh. Seseorang hanya memerlukan 500 mg  garam sedangkan mengikut ukuran satu sudu teh bersamaan 2,100 mg.

3.    Hadkan penggunaan sos dan serbuk perisa serta kurangkan menghidang telur masin, ikan masin, bahan berjeruk dan makanan berproses.

4.    Setiap orang memerlukan 50 mg gula sehari untuk membekalkan tenaga tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan. Pengambilan susu pekat di dalam minuman perlu dikurangkan. Elakkan meminum minuman bersusu (seperti teh tarik) ketika menikmati hidangan makanan kerana ia akan membantutkan pembentukan hemoglobin ( sel darah merah ) dan akhirnya mengundang penyakit.

5.   Banyakkan meminum air  kosong– antara 6 hingga 8 gelas sehari untuk membantu fungsi fisiologi di dalam badan, mengekalkan suhu badan dan pengeluaran bahan sisa daripada badan.

    DXN mengeluar dan memasarkan pemakanan kesihatan semulajadi berasaskan herba lingzhi yang sangat berkesan untuk membantu setiap orang mengubati berbagai masalah penyakit dan mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang hayat. Sila hubungi kami uatau pengedar DXN yang sah dan bertauliah untuk  mendapatkan maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment