Wednesday, February 2, 2011

CORDYCEPS PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT.

petikan: Berita Harian ( 21 Feb 2002 ) oleh : Teh Kean Kiat

     Walaupun perubatan moden menjadi pilihan utama, namun masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa masih mengamalkan herba dan ramuan tradisional untuk kesihatan tubuh badan. Mereka mengetahui mengenai berbagai faedah daripada amalan ini yang sudah digunakan sejak datuk nenak masing-masing. Cuma bezanya ialah jenis herba yang digunakan.

   Bagi masyarakat Cina, sejenis herba yang diamalkan dalam pemakanan iaitu Cordyceps atau carterpillar fungus dikatakan banyak memberi khasiat.

   Herba ini banyak ditemui di sekitar Gunung Szechuan dan Qinghai, China serta daerah lain di atas paras 11,000 kaki.

   Herba itu juga dikenali sebagai Dong Chong Xia Cao iaitu pada musim sejuk. Ia adalah sejenis kulat dan bertukar menjadi sejenis rumput pada musim panas.

   Dulu, ia hanyalah makanan yang hanya mampu dibeli maharaja Cina dan golongan atasan disebabkan kuantitinya yang kurang dan mahal.

   Selepas rumput berwarna perang hitam itu dipetik, ia akan diersihkan dan dikeringkan di bawah matahari sebelum dijual di pasaran tempatan.

   Cordyceps mengandungi asid cordycepic, cordycepin, asid amino, asid glutamic, karbohidrat dan vitamin B12.

   Presiden Persatuan Tabib Cina Profesional Malaysia, Prof Koh Nang Choong, berkata dalam perubatan Cina, ia adalah sejenis herba yang berkesaan untuk peredaran darah, sistem pernafasan dan kemandulan.

   “Cordyceps juga boleh dianggap sebagai tonik kesihatan umum disebabkan keupayaannya meningkatkan daya ketahanan, kekuatan, selera makan dan mengubati penyakit kurang tidur.

   “Ia juga digunakan untuk merewat batuk, radang paru-paru, batuk kering, hidung sensitif dan sakit belakang.

   “Selain itu, ia juga berfungsi untuk menguatkan buah pinggang, paru-paru, meningkatkan penghasilan sel manusia dan merawat penyakit asma, anemia serta tekanan darah tinggi” katanya ketika ditemui di kliniknya di Pudu, ibu negara, baru-baru ini.

   Beliau berkata, herba itu sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan jika kerap digunakan, sebaliknya ia boleh membantu mengurangkan kandungan kolesterol, melambatkan proses penuaan dan boleh mengurangkan keletihan.

   Laporan atlit China yang pernah menggunakan Cordyceps sebagai diet tambahan, mereka dikatakan mendapat hasil yang luar biasa apabila berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara 10,000 , 3,000 dan 1,500 meter pada Kejohanan Dunia Acara Padang dan Olehraga di Jerman tahun 1993.

   Dr Koh berkata, dengan adanya teknologi canggih, Cordiceps kini boleh didapati dalam bentuk ubat cecair, pil dan makanan segera seperti pati ayam.

   Beliau berkata, disebabkan kedudukan geografi dan suhu, ubat cecair dan pil Cordyceps biasanya diproses di tempat asalnya bagi mengekalkan keasliannya.

   Selain itu, katanya, orang ramai khasnya golongan tua leih suka menggunakan Cordyceps untuk membuat sup.

   “Herba ini rasanya ada sedikit masam dan wangi. Biasanya ia digunakan untuk memasak sup yang dicampur dengan ayam, kurma merah dan limau kasturi” katanya.

   Bagaimanapun  beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati daripada tertipu dengan ubat palsu yang mencampurkan tepung gandum dan kulat.

   Peniaga herba, Tey Guan Hah berkata, harga runcit bagi Cordyceps ialah RM 667 bagi 100 gm dan RM 250 bagi 38 gm.

   Beliau berkata, disebabkan kelembapan ekonomi, jualan ubat itu berkurangan dan ramai yang lebih suka membeli pati ayam atau pati herba yang dicampur sarang burung.

   “Cara ini lebih senang kerana ia boleh dimakan segera dan harganya jauh lebih murah” katanya.

   Katanya, harga herba itu mahal disebabkan kuantitinya yang kurang iaitu Cuma boleh didapati setahun sekali dan tidak boleh ditanam kerana ia tumbuh secara semulajadi.

DXN MARKETING SDN. BHD. menanam, memproses dan memasarkan produk berasaskan cordyceps seperti berikut: Sila dapatkan maklumat kesihatan herba ajaib ini dari pengedar DXN yang sah dan bertauliah.
1. Tablet Cordyceps
     kandungan: 120 tablet:
     Harga Semenanjung Malaysia: RM 153.00

2. Cordypine ( campuran ekstrak Cordyceps dan enzim nanas)
     Kandungan : 700 ml dan 285 ml 
     harga Semenanjung Malaysia: 700 ml - RM 230.00 dan 285 ml - RM 100.00
3. Kopi Cordyceps. 
    Campuran kopi Arabica dan cordiceps untuk mengekalkan kesegaran dan tenaga sepanjang masa.
   Harga semenanjung Malaysia: RM 24.00 


Tuan/ puan boleh mendapatkan produk ini dari kami dengan hadir ke pusat Jualan atau membuat pesanan dan kami akan menghantar melalui kurier / pos ke alamat anda.

   

No comments:

Post a Comment