Monday, January 31, 2011

MASYARAKAT KIAN YAKIN DENGAN KHASIAT LINGZHI.


Artikel ini di sunting dari AKHBAR BERITA HARIAN, Selasa 30 APRIL 2002 m/s 31

Oleh Nor Affizar Ibrahim

 Cendawan Lingzhi liar ( gambar hiasan )

     Sejak 2000 tahun lalu, orang Cina turun temurun mempercayai khasiat cendawan terutama lingzhi yang dikatakan banyak mengandungi khasiat perubatan. Lingzhi juga dianggap tumbuhan yang begitu istimewa sebagai ubat ajaib. Di antara keajaibannya ialah ia boleh memanjangkan usia seseorang.

     Fakta ini terakam dalam Ensaiklopedia Perubatan klasik China seperti Shen-Nung Herbal Medicine Book. Di dalam buku itu ada dinyatakan, lingzhi sebagai ubat yang terbaik yang tiada kesan sampingan buruk. Seseorang yang memakannya akan bertambah sihat.

     Prof Madya Dr Mohd Noor A Wahab daripada Jabatan Biokimia & Mikrobiologi, Universiti Putra Malaysia (UPM ) yang lebih sepuluh tahun membuat kajian dan penyelidikan mengenai lingzhi, berkata kini khasiat lingzhi bukan sahaja dikenali di China, masyarakat Antarabangsa turut mengagumi dan mengakui keberkesanannya. Negara itu termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Begitu juga masyarakat di Malaysia yang semakin yakin dan mempercayai keistimewaan lingzhi.

     Justeru, tidak hairan ganoderma diekstrak dan diproses untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan harian. Sehinggakan ada berbagai bentuk pemasaran Ganoderma di pasaran pada masa kini., seperti dalam bentuk minuman, kapsul dan tablet. Selain itu, ia juga menjadi bahan penting untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dan kosmetik.

     “Masyarakat di negara ini, mula mengkaji dan mengetahui khasiat lingzhi pada tahun 1970-an. Hasil beberapa kajian yang dibuat didapati memang tidak dapat dinafikan hakikat bahawa lingzhi amat menakjubkan terutama kegunaannya untuk mengubati penyakit. Malah kajian dan penyelidikan mengenai herba tradisional itu masih berterusan dilakukan oleh individu dan pihak tertentu” kata Dr Mohd Noor.

     Bagaimanapun beliau menegaskan, walaupun sudah banyak kajian dan penyelidikan mengenai lingzhi di buat di Malaysia, hingga kini belum ada ujian klinikal sepenuhnya dilakukan terhadap spesis itu.

     Dr Mohd Noor berkata, lingzhi adalah bahan herba semulajadi. Nama saintifik bagi lingzhi ialah Ganoderma, sementara di Jepun ia lebih dikenali dengan nama Reishi.

     Beliau berkata, hanya spesis baik sahaja akan memberikan keberkesanan pada kesihatan dan mampu mengubai pelbagai penyakit. Di antara kesan ketara yang boleh di dapati pada seseorang itu selepas mengambil lingzhi ialah aktif dan bertenaga, selera makan meningkat tetapi berat badan tetap dan melancarkan penghadaman.

     Berdasarkan hasil kajian, didapati cendawan lingzhi mengandungi empat jenis sebatian aktif iaitu polisakarida, adenosin, organik germanium dan triterpenoid. Sebatian ada ciri perangsang kesihatan tetapi boleh disintesis secara buatan.

     Antara khasiat lingzhi:
 
**   Meningkatkan tenaga
**   Mengurngkan paras kolesterol
**   Menambah oksigen dalam darah
**   Merangsang peredaran darah dan mengekalkan paras gula
**   Meningkatkan daya ingatan
**   Melambatkan proses penuaan
**   Mengubat dan menghindari kanser
**   Mengubati sakit puan
**   Merangsang kesuburan
**   Mengurangkan paras toksin
**   Melawaskan penghadaman
**   Mengubati kencing manis

     Dr Mohd Noor berkata, organik germanium paling banyak terkandung dalam ganoderma (lingzhi) dan dikatakan enam kali lebih tinggi berbanding ginseng. Organik germanium, unsur semulajadi yang membantu peredaran darah, meningkatkan metabolisme dan keupayaan darah menyerap oksigen.

     Manakala komponen penting dalam cendawan terutama ganoderma ialah polisakarida ( gula kompleks). Sebatian ini ialah B-13 glucan yang didapati meningkatkan kadar antibodi bagi menguatkan pelalian, sekaligus mencegah seseorang itu dari mendapat penyakit.

     Triterpenoid pula sejenis sebatian yang ada rasa pahit. Hasil kajian klinikal di Jepun mendapati, daripada ekstrak ganoderma, sebatian ini mampu mengawal tekanan darah, memecahkan lemak dan menghalang penyakit jantung. Malah terdapat lima hingga sepuluh sebatian triterpene yang umumnya berfungsi merencat dan asid ganderik menunjukkan kesan paling baik.

     Dr Mohd Noor berkata, apa yang jelas lingzhi memang sesuai diambil bagi meningkatkan tahap kesihatan dan daya ketahanan diri kerana fungsinya sebagai pencegah dapat membantu menghindarkan seseorang itu dari diserang penyakit di samping bertindak sebagai ubat autaupun perisai kesihatan.

     Katanya, kajian turut mendapati, ganoderma sangat elok diberikan kepada wanita hamil dan juga berkesan bagi mengatasi masalah sakit puan iaitu senggugut (ganguan fisiologi) dan putus haid (akibat gejala monopaus).

    Bagaimanapun, beliau berkata, mereka yang bermasalah, pengambilan lingzhi mungkin akan memberikan kesan seperti pening dan banyak darah berkumpul di bahagain muka atau kulit (kerana peredaran darah meningkat), namun kesan ini akan hilang dalam masa 30 minit.

    “ Kejadian ini tidak perlu dikhuatiri kerana fenomena ini perkara biasa dalam pengambilan ganoderma sebagai ubat. Ia berlaku hanya pada peringakt awal pengambilan dan akhirnya kesan ini akan hilang segera. Kesan seperti itu timbul kerana bagi orang yang tidak berapa sihat, apabila memakan ganoderma mendapati tindak balas ubat berlaku pada bahagian yang paling lemah. Ini bermakna, ganoderma didapati boleh melawan kuman atau menghapuskan punca penyakit dan akhirnya menyembuhkannya” kata Dr Mohd Noor.

    Beliau turut menegaskan, kesan yang timbul itu tidak bermakna, tidak sesuai mengambil lingzhi. Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan jumlah pengambilan dos, sesuai mengikut keadaan kesihatan diri. Malah berdasarkan kajian sehingga hari ini, didapati belum ada individu yang memakan ganoderma mengalami kesan negatif atau tidak memberi sebarang kesan kepada kesihatan badan.

     Dr Mohd Noor yang kini bekerjasama dengan Pusat Sains Negara bagi mendidik dan memperkenalkan khasiat serta kemujaraban lingzhi kepada orang ramai.......
                                                                 Reishigano (RG )

                                                                 Mycelium (GL)

Catatan: DXN Marketing Sdn. Bhd.  adalah sebuah syarikat yang menanam, memproses dan memasarkan produk Lingzhi di Malaysia dan lebih 160 negara di Dunia. Lingzhi terbukti sangat berkesan untuk mengubati kebanyakan jenis penyakit  serta untuk memelihara dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengedar yang bertauliah.

No comments:

Post a Comment