Sunday, January 30, 2011

LNGZHI - RAJA HERBA AJAIB

Ganoderma, Lingzhi, Cendawan merah, Reishi 

    
   Cendawan Merah atau Ganoderma Lucidum dikenali sebagai Ling Zhi oleh masyarakat Cina ialah sejenis cendawan herba yang terkenal kerana mempunyai faedah yang sangat baik untuk kesihatan. Secara semulajadi, ia tumbuh di pokok-pokok di kawasan lembab dan kurang cahaya dan agak sukar untuk ditemui. Kisah mitos dan lagenda Ganoderma tersebar dari Negara Cina hingga ke Greece baik sebagai makanan kesihatan mahupun penawar ajaib. Bukti terawal penggunaannya terdapat dalam bentuk lukisan gua di utara Algeria.

   Di antara banyak jenis ubat-ubatan Cina, cuma dua sahaja yang disifatkan paling mujarab iaitu Ling zhi dan Ginseng. Kod perilakuan Cina telah mencatat Ling zhi sebagai makanan kesihatan se awal tahun masehi 300 lagi. Ling zhi juga telah diakui sebagai herba paling bernilai di dunia ketimuran. Ia telah menjadi lambang keagamaan, kerohanian dan tuah kerana ciri-cirinya yang amat berlunaskan tabii kerohanian. Pada zaman dahulu, Idi negara Cina, ianya adalah herba rahsia yang boleh dinikmati khasiatnya oleh Maharaja dan orang bangsawan sahaja. Masyarakat Cina meyakini dan menggunakan ling zhi sebagai bahan perangsang dan pemulih kesihatan.
 
    Kajian DNA terkini menunjukkan bahawa warna, rasa, rupa bentuk dan ciri-ciri ling zhi adalah ditentukan oleh peserkitarannya, samada dihasilkan melalui penanaman terkawal atau diperolehi terus dalam bentuk liar dan juga peringkat pertumbuhannya.

    Prof. Hikino adalah penyelidik pertama memulakan analisis ling zhi dari segi bahan ramuan aktif utama ling zhi iaitu adenosin ( asid amino), triterpena ( steroid semulajadi ) dan polisakarida. Bermula tahun 1972, Ling zhi telah mula ditanam dengan jayanya dan ia kini mampu dinikmati oleh kebanyakan orang. Berbagai bentuk penyelidikan perubatan telah membuktikan keberkesanan Ling zhi untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.

   Sekarang ini, DXN merupakan pengeluar dan pengedar terbesar ganoderma Lucidum ( Ling zhi ) di Malaysia. dan juga ke 153 buah negara lain di Dunia ( sehingga Desember 2010 ).   DXN di asaskan oleh Dato’ Dr. Lim Siow Jin pada tahun 1993. Bermula sebagai sebuah Syarikat Jualan Langsung ( MLM ) di Malaysia, kini telah berkembang pesat ke Seluruh Dunia dengan berpegang kepada konsep “ Eka Naga, Eka Pasar, Eka Minda”. Produk Syarikat DXN mendapat pengikhtirafan dan Sijil Piawaian Kebangsaan dan Antarabangsa seperti sijil GMP , sijil HALAL ( JAKIM ) sijil ISO 14001dan ISO 9002. Sijil TGA dari Kementerian Kesihatan Australia dan lain-lain. Produk Ling zhi DXN juga mempunyai insuran tanggungan produk bernilai RM 6 juta.

No comments:

Post a Comment