Thursday, February 3, 2011

MAKANAN BETUL DAN BERKHASIAT MENGELAK PENYAKIT

   Cara pemakanan seseorang itu melambangkan tabiat, sikap, atau keperibadian seseorang.

    Corak pemakanan sangat penting kerana cara pengambilan makanan yang berkhasiat menjamin kesihatan dan membantu menjauhi pelbagai jenis penyakit. Sikap kurang prihatin mengenai pemakanan sihat menjadi penyumbang kepada pelbagai jenis penyakit berkaitan makanan termasuk obesiti.

   Garis panduan pertama dalam amalan pemakanan sihat ialah setiap orang perlu menikmati pelbagai jenis makanan setiap hari termasuk bijiran, buahan, syur, daging, kekacang, susu, lemak dan minyak. Corak pemakanan yang berkhasiat perlu ditentukan mengikut kuantiti tertentu berdasarkan empat peringkat piramid makanan.

    Peringkat pertama ialah bijiran diikuti peringkat kedua oleh sayur dan buahan, seterusnya susu, dadih, keju, ikan, daging  dan kekacang di peringakt ketiga. Peringkat keempat  yang perlu diamalkan paling minima ialah lemak, gula dan garam. Sebelum mengambil setiap hidangan makanan ketahuilah nilai kalori dalam setiap hidangan kerana ia akan memberi kesan kepada penambahan berat badan. Mengambil buahan dan sayuran amat penting kerana ia merupakan sumber vitamin yang lengkap tetapi perlulah di ambil dalam kuantiti yang betul.

PANDUAN MAKANAN BERKHASIAT:

1.   Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan menghadkan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak sahaja dalam masakan. Jumlah kalori lemak yang berlebihan akan membentuk plak di saluran darah.

2.    Garam perlu dikurangkan bagi mengelakkan penyakit darah tinggi walaupun ianya adalah satu keperluan di dalam tubuh. Seseorang hanya memerlukan 500 mg  garam sedangkan mengikut ukuran satu sudu teh bersamaan 2,100 mg.

3.    Hadkan penggunaan sos dan serbuk perisa serta kurangkan menghidang telur masin, ikan masin, bahan berjeruk dan makanan berproses.

4.    Setiap orang memerlukan 50 mg gula sehari untuk membekalkan tenaga tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan. Pengambilan susu pekat di dalam minuman perlu dikurangkan. Elakkan meminum minuman bersusu (seperti teh tarik) ketika menikmati hidangan makanan kerana ia akan membantutkan pembentukan hemoglobin ( sel darah merah ) dan akhirnya mengundang penyakit.

5.   Banyakkan meminum air  kosong– antara 6 hingga 8 gelas sehari untuk membantu fungsi fisiologi di dalam badan, mengekalkan suhu badan dan pengeluaran bahan sisa daripada badan.

    DXN mengeluar dan memasarkan pemakanan kesihatan semulajadi berasaskan herba lingzhi yang sangat berkesan untuk membantu setiap orang mengubati berbagai masalah penyakit dan mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang hayat. Sila hubungi kami uatau pengedar DXN yang sah dan bertauliah untuk  mendapatkan maklumat lanjut.

CORDYCEPAS: HERBA UNTUK KESIHATAN.

Cordypine membantu kita meningkatkan kesihatan dan berperanan sebagai:   


cordyceps liar semulajadi










Keberkesanan herba Cordyceps: 


  Menguatkan imunisasi ( daya tahan  badan )

  Mengatasi kemandulan 

  Mengimbangi tahap kolesterol

  Mengurangkan keletihan

  Meningkatkan daya seksual ( lelaki dan wanita )

  Meningkatkan stamina dengan cepat

  Penghadaman lebih baik

  Kurangkan radang sendi

  Peredaran darah lebih baik dan lancar

    dan Mempercepatkan penyembuhan penyakit 

 ----------------------------------------------------------------------------------
Penyelidikan pharmakologikal dan klinikal menunjukkan cordiceps baik untuk hati, jantung dan sistem imun.

 • Penyakit jantung:
      Dalam kajian klinikal terdapat penambahbaikan yang ketara kepada strok, denyutan jantung, output kardiak dan lain-lain.

 


Kolesterol:
      Cordyceps mampu menurunkan sejumlah LDL tidak baik dan  menaikkan sejumlah kplesterol HDL baik dalam ujikaji. Cordyceps mampu menurunkan jumlah paras Kolesterol melebihi 17 %.
  
Masalah hati:
      Cordiceps mampu memberi kebaikan yang mengkagumkan   kepada tanda-tanda dan struktur sel hati. 70 % pesakit kehilangan sel cirrhosis.
 
 • Ketidakfungsian tenaga seksual:
     Cordyceps meningkatkan tenaga seksual samada untuk lelaki dan wanita.
    
Sistem imun:
      Cordyceps membantu keteraturan sistem imun. Cordyceps juga menjadi satu bahan pengimun yang serasi dengan badan.

   Sistem respiratori: 
     Cordyceps mampu memberi penambah baikan kepada sistem respiratori perokok, pesakit astma, affeksi paru-paru dan batuk.

Wednesday, February 2, 2011

CORDYCEPS PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT.

petikan: Berita Harian ( 21 Feb 2002 ) oleh : Teh Kean Kiat

     Walaupun perubatan moden menjadi pilihan utama, namun masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa masih mengamalkan herba dan ramuan tradisional untuk kesihatan tubuh badan. Mereka mengetahui mengenai berbagai faedah daripada amalan ini yang sudah digunakan sejak datuk nenak masing-masing. Cuma bezanya ialah jenis herba yang digunakan.

   Bagi masyarakat Cina, sejenis herba yang diamalkan dalam pemakanan iaitu Cordyceps atau carterpillar fungus dikatakan banyak memberi khasiat.

   Herba ini banyak ditemui di sekitar Gunung Szechuan dan Qinghai, China serta daerah lain di atas paras 11,000 kaki.

   Herba itu juga dikenali sebagai Dong Chong Xia Cao iaitu pada musim sejuk. Ia adalah sejenis kulat dan bertukar menjadi sejenis rumput pada musim panas.

   Dulu, ia hanyalah makanan yang hanya mampu dibeli maharaja Cina dan golongan atasan disebabkan kuantitinya yang kurang dan mahal.

   Selepas rumput berwarna perang hitam itu dipetik, ia akan diersihkan dan dikeringkan di bawah matahari sebelum dijual di pasaran tempatan.

   Cordyceps mengandungi asid cordycepic, cordycepin, asid amino, asid glutamic, karbohidrat dan vitamin B12.

   Presiden Persatuan Tabib Cina Profesional Malaysia, Prof Koh Nang Choong, berkata dalam perubatan Cina, ia adalah sejenis herba yang berkesaan untuk peredaran darah, sistem pernafasan dan kemandulan.

   “Cordyceps juga boleh dianggap sebagai tonik kesihatan umum disebabkan keupayaannya meningkatkan daya ketahanan, kekuatan, selera makan dan mengubati penyakit kurang tidur.

   “Ia juga digunakan untuk merewat batuk, radang paru-paru, batuk kering, hidung sensitif dan sakit belakang.

   “Selain itu, ia juga berfungsi untuk menguatkan buah pinggang, paru-paru, meningkatkan penghasilan sel manusia dan merawat penyakit asma, anemia serta tekanan darah tinggi” katanya ketika ditemui di kliniknya di Pudu, ibu negara, baru-baru ini.

   Beliau berkata, herba itu sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan jika kerap digunakan, sebaliknya ia boleh membantu mengurangkan kandungan kolesterol, melambatkan proses penuaan dan boleh mengurangkan keletihan.

   Laporan atlit China yang pernah menggunakan Cordyceps sebagai diet tambahan, mereka dikatakan mendapat hasil yang luar biasa apabila berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara 10,000 , 3,000 dan 1,500 meter pada Kejohanan Dunia Acara Padang dan Olehraga di Jerman tahun 1993.

   Dr Koh berkata, dengan adanya teknologi canggih, Cordiceps kini boleh didapati dalam bentuk ubat cecair, pil dan makanan segera seperti pati ayam.

   Beliau berkata, disebabkan kedudukan geografi dan suhu, ubat cecair dan pil Cordyceps biasanya diproses di tempat asalnya bagi mengekalkan keasliannya.

   Selain itu, katanya, orang ramai khasnya golongan tua leih suka menggunakan Cordyceps untuk membuat sup.

   “Herba ini rasanya ada sedikit masam dan wangi. Biasanya ia digunakan untuk memasak sup yang dicampur dengan ayam, kurma merah dan limau kasturi” katanya.

   Bagaimanapun  beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati daripada tertipu dengan ubat palsu yang mencampurkan tepung gandum dan kulat.

   Peniaga herba, Tey Guan Hah berkata, harga runcit bagi Cordyceps ialah RM 667 bagi 100 gm dan RM 250 bagi 38 gm.

   Beliau berkata, disebabkan kelembapan ekonomi, jualan ubat itu berkurangan dan ramai yang lebih suka membeli pati ayam atau pati herba yang dicampur sarang burung.

   “Cara ini lebih senang kerana ia boleh dimakan segera dan harganya jauh lebih murah” katanya.

   Katanya, harga herba itu mahal disebabkan kuantitinya yang kurang iaitu Cuma boleh didapati setahun sekali dan tidak boleh ditanam kerana ia tumbuh secara semulajadi.

DXN MARKETING SDN. BHD. menanam, memproses dan memasarkan produk berasaskan cordyceps seperti berikut: Sila dapatkan maklumat kesihatan herba ajaib ini dari pengedar DXN yang sah dan bertauliah.
1. Tablet Cordyceps
     kandungan: 120 tablet:
     Harga Semenanjung Malaysia: RM 153.00

2. Cordypine ( campuran ekstrak Cordyceps dan enzim nanas)
     Kandungan : 700 ml dan 285 ml 
     harga Semenanjung Malaysia: 700 ml - RM 230.00 dan 285 ml - RM 100.00
3. Kopi Cordyceps. 
    Campuran kopi Arabica dan cordiceps untuk mengekalkan kesegaran dan tenaga sepanjang masa.
   Harga semenanjung Malaysia: RM 24.00 


Tuan/ puan boleh mendapatkan produk ini dari kami dengan hadir ke pusat Jualan atau membuat pesanan dan kami akan menghantar melalui kurier / pos ke alamat anda.

   

Tuesday, February 1, 2011

LINGZHI - KOPI UNTUK KESEGARAN, TENAGA DAN KESIHATAN




CERIAKAN HARI ANDA DENGAN MINUMAN KOPI ADUNAN TERBAIK DARI DXN.
PASTI ADA SATU ADUNAN PERISA KOPI YANG SESUAI DAN BERMANFAAT UNTUK ANDA...!!!

Kopi Lingzhi 3 in 1, kopi terlaris keluaran DXN.
KOPI LINGZHI 3 DALAM 1 ( LINGZHI COFFEE 3 IN 1 )
Bahan: serbuk kopi segera, ekstrak ganoderma, krimer bukan tenusu dan gula.
setiap bungkusan mengandungi 21 gram.
Harga pasaran Semenanjung Malaysia RM 24.00
---------------------------------------------------------------

KOPI LINGZHI 3 DALAM 1 LITE ( LINGZHI COFFEE 3 IN 1-LITE )
Bahan: serbuk kopi segera, ekstrak ganoderma, krimer bukan tenusu dan gula
setiap bungkusan mengandungi 21 gram.
Harga pasaran Semenanjung Malaysia RM24.00
 ---------------------------------------------------------------------
kopi terbaik untuk mencairkan dan melancarkan peredaran darah. Sangat terbaik untuk pesakit diabetes (kencing manis) dan tekanan darah tinggi.

KOPI LINGZHI HITAM (tanpa gula) ( LINGZHI BLACK COFFEE )
Bahan: serbuk kopi segera, ekstrak ganoderma
setiap bungkusan mengandungi 4.5 gram.
Harga pasaran Semenanjung Malaysia RM 25.00
 --------------------------------------------------------------------

KOPI lINGZHI 2 DALAM 1 ( LINGZHI COFFEE 2 IN 1 )
Bahan: serbuk kopi segera, ekstrak ganoderma dan gula
setiap bungkusan mengandungi 11 gram.
Harga pasaran Semenanjung Malaysia RM 23.00
 --------------------------------------------------------------------
Kopi dengan campuran Cordiceps untuk kesegaran dan tenaga.

KOPI CODICEPS ( CORDICEPS COFFEE )
Bahan: serbuk kopi segera, ekstrak cordiceps, krimer bukan tenusu, gula

setiap bungkusan mengandungi 21 gram.
Harga pasaran Semenanjung Malaysia RM24.00
 --------------------------------------------------------------------
kopi 6 dalam 1.

KOPI VITA ( VITA CAFE )
Bahan: Ganoderma, Ginseng, tongkat ali, kreamer bukan tenusu, gula dan serbuk kopi
setiap bungkusan mengandungi 21 gram.
Harga pasaran Semenanjung Malaysia RM 30.00
 --------------------------------------------------------------------
kopi DXN dengan campuran Tongkat Ali untuk meningkatkan tenaga.

KOPI EU ( EU CAFE )
Bahan: serbuk kopi pracampur, ekstrak tongkat Ali, kreamer bukan tenusu dan gula
setiap bungkusan mengandungi 21 gram.
Harga pasaran Semenanjung Malaysia RM 26.5

CENDAWAN- RAHSIA KHASIAT PERUBATAN

masakan cendawan
     Cendawan pada hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, iron, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa boleh menafikan kekuatan cendawan.

    Cendawan mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam dunia perubatan tradisional China. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik baru-baru ini juga menguatkan lagi legasi cendawan dalam mempromosi kesihatan yang lebih baik.

    Dalam kajian yang dijalankan, mereka menyifatkan cendawan sebagai probiotik – iaitu cendawan membantu tubuh manusia menjadi lebih kuat secara semulajadi. Cendawan juga mengembalikan keseimbangan dan rintangan tubuh badan untuk melawan penyakit.

    Terdapat berbagai jenis cendawan di seluruh dunia, malah ada yang mendakwa tumbuhan ini mencecah 14,000 lebih jenis. Bagaimanapun hanya sekitar 2000 lebih sahaja yang boleh dimakan memandangkan banyak jenis cendawan yang mengandungi racun.

    Daripada jumlah itu hanya sekirat 600 jenis sahaja yang mempunyai manfaat kepada dunia perubatan atau baik untuk kesihatan tubuh manusia. Penyelidik telah mengenalpasti antara cendawan yang mempunyai nutrisi paling baik termasuklah Reishi, Shiitake dan Maitake.

REISHI (LINGZHI).

    Cendawan ini lebih dikenali dengan nama Lingzhi kerana ia kerap digunakan sebagai salah satu bahan terpenting dalam perubatan tradisional masyarakat Cina. Reishi berperanan sebagai sumber bahan yang menguatkan sistem imun badan. Dalam bidang perubatan tradisional, cendawan digunakan untuk mencegah dan merawat masalah yang berkaitan dengan aliran darah, tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah, alahan dan kanser.

    Cendawan lingzhi juga berkesan untuk membantu menentang penyakit lain seperti penyakit berkaitan hati, buasir, penyakit jangkitan dan obesiti.

    Satu keistimewaan utama cendawan lingzhi atau nama saintifiknya Ganoderma Lucidum ini ialah ia boleh membersihkan darah daripada toksin.

SHIITAKE.

    Ia merupakan satu lagi cendawan yang mempunyai rahsia tersendiri dalam bidang perubatan. Shiitake didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus. 

    Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.

    Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Ia berita baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.

MAITAKE.

    Cendawan ini dikatakan paling baik melawan kanser. Ini kerana Maitake mengandungi grifolan sejenis bhan beta-glucan polysaccharide. Grifolan telah terbukti dapat meningkatkan sistem imun tubuh.

    Menurut pengkaji Jepun Hiroaki nanba dan Keito Kubo, penulis kepada buku Mushroom Biology and Mushroom Products, pesakit yang mengidap penyakit diabetes jenis 2 juga boleh mendapat manfaat dari pengambilan cendawan Maitake.

     Penyelidik merumuskan cendawan Maitake boleh merendahkan rintangan insulin sekaligus meningkatkan sensitiviti terhadap insulin. X-fraction muncul sebagai bahan aktif yang bermanfaat untuk melawan diabetes.

    Selaian itu, ramai pengamal perubatan di Jepun juga dipercayai menggunakan cendawan untuk merendahkan tekanan darah dan lemak darah- dua punca utama yang menyebabkan penyakit jantung. 

Catatan:  DXN Marketing Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang menanam, memproses dan memasarkan produk makanan kesihatan berasaskan Lingzhi di Malaysia dan 160 negara lain. Untuk mendapatkan maklumat kaedah pemakanan kesihatan lingzhi, sila hubungi kami atau pengedar-pengedar DXN yang sah dan bertauliah.